Penjelasan Pemutihan karang

Batu karang mendapat warnanya daripada zooxanthellae, sejenis protozoa seakan protozoa yang hidup dalam hubungan simbiosis bersama dalam tisu-tisu hidupan ini. Zooxanthellae tersebut membekalkan nutrien penting kepada batu karang melalui fotosintesis (sebanyak 90%) manakala batu karang perumah akan membekalkan karbon dioksida dan ammonium yang diperlukan untuk proses fotosintesis tersebut.

Keadaan persekitaran yang tidak sesuai akan mendorong polip batu karang menyingkirkan zooxanthellae buat sementara waktu, menjadikan polip tampak keputihan sehingga organisme zooxanthellae bisa kembali kepada polip.[5] Namun, sekiranya keadaan buruk ini berterusan maka polip-polip ini akan mula kebuluran kemudianya mati meninggalkan rangka kalsium karbonat.

Batu karang lautan cetek arus panas lebih mudah terjejas berbanding batu karang di kawasan beraliran air yang lebih tinggi.[6]

Rujukan

WikiPedia: Pemutihan karang http://www.fisherycrisis.com/coral1.html http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S... http://adsabs.harvard.edu/abs/1990MEPS...62..185R http://adsabs.harvard.edu/abs/1997MEPS..147..159K http://adsabs.harvard.edu/abs/2003MEPS..248...85S http://adsabs.harvard.edu/abs/2003MEPS..251..153J http://adsabs.harvard.edu/abs/2008ECSS...80..435B http://adsabs.harvard.edu/abs/2013JOUC...12...91M http://adsabs.harvard.edu/abs/2014PLoSO...984968N http://adsabs.harvard.edu/abs/2017Natur.543..373H